Tako Tao



Korang pernah makan Tako Tao? Makan Jepun yang boleh masuk tekak aku kot.. Kalau gi memana Jusco biasa ada jual Tako Tao nie. Kalau ketegori makanan tempatan rupanya seakan-akan Cucur Badak. Tako Tao adalah adunan tepung telur dan pelbagai jenis isi daging seperti Ikan, Octopus, Abalone, Prawn dan Ayam.  Bentuk dia bulat-bulat yang mana daging ikan atau abalone akan di masukkan ke dalam adunan tersebut dan dibakar seperti membakar baulu. 


Abalone antara perasa yang aku suka.. rasanya yang kenyal-kenyal mcm kunyah getah basikal.. tapi sedap!! 


Tako di bakar seakan-akan buat Baulu dan di golek-golek menjadi bulat mcm guli


Harga Tako Tao kat Jusco ni dalam RM5.00 satu set or 3 ketul TAKO!



Tadaaa... 3 ketul kalau makan sorang cukup-cukup alas perot la... keriuk-keriuk sotong dan lemak Myonis memang mengecurkan air liur. SEDAP!! boleh TRY TEST CUBA!!



Read more...
Related Posts with Thumbnails