Kedai Makanan Thai Muslim Setapak


Kedai Makanan Thai Muslim Setapak

Bertahun aku tinggalkan blog ini bersawang dan tidak berpenghuni walaupun berpengunjung.. bile aku tgk counting beratus ribu gak org berkunjung kat blog aku nie rupanya.. so aku ambik keputusan utk aktifkan balik cerita blog ini...  cuma aku tukar TEMA dia sikit.. dari Travel Blog kepada Travel & Makan-Makan Blog..

Posting pertama aku :) Korang mencari makanan Thailand yang sedap dan murah di Kuala Lumpur?.. adalah dicadangkan kedai makanan Thai Muslim Jalan Genting Klang Setapak. Terletak sederet dengan Kenny Rogers dan berhadapan Public Bank Setapak ( Tepi Jalan )...

Kelmarin aku dgn geng kaki makan singgah kat kedai ini.. seperti biasa kami order menu febret Ikan Siakap Stim Lemon, Kerabu Mangga, Daging Goreng Bawang Putih dan Tomyam Seafood.

Kerabu Mangga - Kerabu Mangga aku bagi gred A-. Sedap sebab mangga dia ranggup dan masam-masam manis. Terasa perahan jus lemon yang digunakan berserta ikan bilis dan kacang tanah goreng yg membantu air kecur liur. SEDAP!!

Siakap Stim Lemon - Ikan Siakap segar yang digunakan utk masakkan ini memang terbukti terbaik. Rasa ikan yang fresh dikukus bersama perahan air limau nipis dan cili padi yang berterabur banyak gile!! sapa yang tahan pedas mmg tak jadi masalah.. tapi yang tak tahan pedas.. makan isi ikan tu jer.. dan rasa-rasa kuah sikit.

Daging Goreng Bawang Putih - Aku mmg tak pernah jumpa menu ni kat mana-mana tempat. 1st time aku rasa adalah kat kedai ini. Rasanya sangat sedap!!! Daging tu digoreng ranggup bersama halia. Rasa daging tu  mcm dah sebati dengan bawang putih tu. Bau aroma bawang putih goreng bercampur dgn daging membuatkan selera mulut aku bertambah-tambah membuak-buak! MESTI CUBA!! 

Tomyam Seafood - Kalau gi restoran Thai sure tak sah kalau tak order Tomyam kan? Tapi tomyam kat sini tak bape best!! Aku agak diaorang dah masak banyak-banyak.. pastu bile orang order tinggal cedok jer kat kawah masuk dalam mangkok pastu panaskan. Buktinya isi udang tu dah kecot akibat OVER COOK!! Buah tomatonya juga dah hampir hancur sebab terlalu lama sgt di masak!... So takyah cuba Tomyam sini... TAK BEST!!

Selamat bersantap... :)













Read more...
Related Posts with Thumbnails