Taman Negara Tanjung Mentong



Taman Negara Tanjung Mentong

Taman Negara Tanjung Mentong terletak di Tasik Kenyir adalah Taman Negara yang terletak di Negeri Terengganu. Taman Negara ini meliputi kawasan tasik dan hutan yang luas yang dijaga dan di wartakan sebagai Taman Negara dan warisan negara yang berharga. Tanjong Mentong adalah pintu masuk negeri ke Taman Negara Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan eko-sistem yang kompleks.Pelancong boleh sampai ke Tanjung Mentong ini dengan melalui dua jeti yang sama ada melalui Gawi atau Jenagor yang mana kedua-duanya terlekat di Terengganu. Pekan Kuala Berang merupakan pekan terdekat untuk ke jeti tersebut. Pengunjung akan merentasi Tasik Kenyir dan memakan masa lebih kurang 45minit untuk sampai ke tempat penginapan Tanjung Mentong Resort.




Sesiapa yang ingin memasuki Taman Negara Tanjung Mentong akan dikenakan permit masuk iaitu RM1.00 seorang. Sesiapa yang kaki pancing pula dikehendaki membayar permit joran iaitu RM10.00 bagi setiap batang joran yang dibawa. Permit untuk kamera pula adalah RM5.00 sahaja setiap sebuah kamera. Sesiapa yang ingin menginap di Tanjung Mentong pula ada disediakan kemudahan penginapan oleh Tanjung Mentong Resort pada kadar yang berpatutan. Terdapat 8 chalet berkembar dan sebuah asrama yang mempunyai 16 buah katil yang disediakan oleh pihak pengurusan resort. Terdapat pelbagai kemudahan seperti jeti, restoran, bilik mesyuarat dan menara tinjau di sini.





Setiap percutian sudah tentu akan lebih bererti kalau terdapat aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukkan di Taman Negara Tanjung Mentong adalah aktiviti merentas hutan. Keindahan flora dan fauna boleh disaksikan sepanjang lorong denai yang disediakan. Sesiapa yang meminati aktiviti memanjat gunung bolehlah mencabar diri sendiri untuk sampai ke puncak Gunung Gagau iaitu gunung yang kedua tertinggi di Taman Negara selepas Gunung Tahan. Gunung Gagau 1376 meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi titik sempadan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.




Selain aktviti merentas hutan aktiviti air yang boleh dilakukkan di Tanjung Mentong adalah memancing, berenang, berkayak dan menaiki bot dan aktviti ini boleh diatur dan maklumkan kepada pengurus resort. Walaubagaimanapun aktviti memancing tidak dibenarkan di Sungai Cacing kerana tempat tersebut dilindungi sebagai tempat pemuliharan ikan kelah. Terdapat juga dua buah gua yang berdekatan iaitu Gua Bewah dan Gua Taat dan pengunjung boleh meneroka ke dalam gua yang mana pernah menyimpan artifak purba berusia 4,000SM di situ.

Jabatan PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel : 09-622 7751
Email: tnterengganu@wildlife.gov.my

Pengurus
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-623 6684
Faks:09-631 6684

7 comments:

BOY said...

Menarik post nieh.. Tak ramai yang tahu pasal pasal Tmn Negara Nieh.. I personally pun tak pernh dgr.. Yang i tau Tmn Negara Yang Famous jer.. hehehe..

Nael said...

Taman Negara sebenarnya meliputi kawasan hutan yang luas dari Pahang, Kelantan dan Terengganu.. cuma pintu masuk taman negara tu yg berbeza... mengikut negeri masing-masing...

orang ingat Taman Negara mesti kat Pahang jer kan... Taman Negara Ulu Tembeling yg famous tu..

BOY said...

Setuju.. Yang i tau Taman Negara Pahang and Endau Rompin jer.. Tak tau pun pasal yang u post nieh.. kalo kat semenanjung la.

CheMat said...

Mancing Kelah best kat sini nie...

Nael said...

Tasik Kenyir memang syurga pada kaki pancing Che Mat.. Terutama mereka yang gemarkan memancing ikan air tawar... toman kat sini besar-besar peha !!

Maz said...

Saya suke bab-bab camping nie...

Kat sini kalau buat aktiviti camping mesti best kan...

Anonymous said...

sape2 disini yg penah g taman negara
bleh x kalau bg email or no phone
sbb nk tnye n survey budget nk g sna
utk camping program yea..bkn sewa motel
anyone????
plz add my email king_8477@yahoo.com
n plz share the experience with me
plz plz plz plz

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails