Wayang Kulit


Salam 1Malaysia semua!!. Dua tiga hari aku tak buat posting, sibuk sikit dengan kerja kat opis, biasalah hujung bulan!.. hari ini aku sempatkan postingkan sesuatu untuk blog aku. Kali ini aku nak bercerita tentang wayang kulit. Wayang kulit adalah sejenis hiburan pementasan bayang-bayang yang terhasil dari patung yang di perbuat dari kulit. Wayang kulit amat popular di negeri Pantai Timur terutama di Terengganu. Wayang kulit biasa dimainkan oleh seorang Tok Dalang yang juga menjadi narator watak-watak wayang kulit yang dipersembahkan yang diiringi dengan muzik gamelan.

Cara persembahanya pula Tok Dalang akan memainkan wayang kulit di belakang layar yang diperbuat daripada kain putih sementara di belakangnya disuluh oleh cahaya samada dari lampu minyak atau spotlight. Dari bahagian depan penonton akan melihat objek bayang-bayang watak wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dalang. Untuk memahami cerita wayang kulit yang dipersembahkan penonton harus memiliki pengetahuan akan watak-watak wayang kulit. Antara watak penting wayang kulit ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi , Maharaja Rawana dan Laksamana yang diadaptasi dari cerita Hikayat Ramayana.


Tok Dalang, orang penting di belakang tabir memainkan watak wayang kulit


Kumpulan wayang kulit yang terkenal dia Terengganu ialah Kumpulan Saupi Bunga Adani. Kumpulan ini diketuai oleh Dalang Che Md Saupi Isa yang telah lama bergiat seni wayang kulit di Negeri Terenganu. Kumpulan ini juga pernah membuat persembahan di luar negara seperti Taiwan, Jepun, Singpura, Thailand, Indonesia dan Perancis.

Walaupun generasi sekarang tidak bergitu menggenali wayang kulit, aku masih tahu juga serba sedikit budaya warisan melayu ini. Jadi walaupun zaman sekarang wujudnya teknologi canggih yang mengantikan hiburan, harapan aku agar yang lama tidak dilupakan. Bak kata orang "kalau takdek yang lama, mana datangnya yang baru".

Antara watak-watak wayang kulit dari Hikayat Ramayana


Boneka wayang kulit



11 comments:

CheMat said...

Orang zaman sekarang nak hiburan gi TGV atau GSC jer... zaman 3D!!.. tapi sesekala layan wayang kulit ok gak kot!!

Nael said...

CheMat.. Jangan lupa besok Twilight SAGA.. TGV MidValley!!!.. jumpa di sana...

Nael said...
This comment has been removed by the author.
Nael said...

Ermmm!

CheMat said...

Wayang kulit nak tengok persembahannya zaman sekarang mmg susah nak tonton.... kat Istana Budaya dulu pernah ah sekali ...

cikmid said...

ada ke wayang kulit zaman sekarang nie?... tau jer tapi tak pernah tengok pun...

CheMat said...

Cik Mid la jadi Tok Dalang!!... kitaorang tengok.. hehehehhe

kami said...

Wayang kulit... teringin nak tengok!! tapi nak tengok kat mana? Youtube? .. huhuhuhuhu

aisya zaharin said...

Tak berpeluang tengok!!

Anonymous said...

saye student ipta trg..
research pasl wayang kulit trg..
kt mane ambk gmbor wang kulit tue..
buleh bg tau name tmpt 2...
nk kaji kpe wayang kulit generasi skrg kurng berminat

Anonymous said...

arap bleh kongsi mklumt..
buleh sent mklumt wayanng kulit ke rosmaikah@yahoo.com
arp buleh ler......

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails