Sotong Goreng Tepung-Penarik



Dalam perjalananan pulang aku dengan kengkawan aku dari Pulau Perhentian ke Kuala Lumpur, kami melalui Daerah Setiu berhenti untuk menikmati sotong goreng tepung yang terkenal di situ. Kami singgah di sebuah gerai di tepi jalan Penarik. Aku pun dah lupa nama kedai tu.. tapi gerai tu berhampiran Pantai Penarik dan berhadapan dengan Stesen Minyak Caltex Penarik.



Menu popular kat sini Sotong Goreng Tepung, Ikan Goreng Tepung, Keropok Lekor, Meehoon & Meegoreng. Harga kat sini berpatutan antara RM4.00-RM15.00. Aku memilih untuk menikmati seekor sotong goreng tepung saiz XL di makan bersama Mee Hoon goreng! Di layan plak dengan air kepala. Memang nikmat betul dapat rasa sotong segar dan ikan segar kat Penarik ini. Gerai ini tak jauh dari pantai Penarik, jadi sambil menjamu selera boleh menikmati pemandangan Laut China Selatan yang membiru sejuk mata memandang. Jadi sesiapa yang lalu di kawasan Penarik jangan lupa singgah merasa keistimewaan Sotong Goreng Tepung Penarik.










11 comments:

cikmid said...

Sotong yang besor tu liat sikit!!

Nael said...

Yep! better ambik yg sederhana besor!!....

CheMat said...

orang Terengganu makan sotong dengan ikan goreng tepung ini mcm makan pisang goreng jer... kalau kat tak jumpa.... berbeza erk...

Qayiem said...

Wah Sedapnya!!!...

BOY said...

Menarik tapi cam pelik skit coz selalu nyer kita ptg2 makan goreng pisang, keledek or chekodok.. tapi kat sana ikan and sotong.. tapi keriuk2 tue sedap n ranggup!! hehehehe..

Nael said...

Tu la... masa makan tu cari nasi.. kot-kot kena makan dengan nasi putih ke... pastu tengok orang kat situ.. ratah jer makan!!...

kami said...

Terliur tengok Sotong Goreng Tepung tu!!...

Nael said...

Sapa ada gaut!! kurangkan sikit!!!.. hehehehhe

CheMat said...

Sapa yang gaut makan jer Ikan Goreng Tepong!!

Maz said...

waduhhhhhhhhhh!!! sedapnyaaaaaaaa!!!

Firdaus said...

kriuk tu org panggil kerok.sutong jgn goreng lama..kena goreng sat je .bagi die mengengal dengan minyak panas.kalu lama liat la.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails