Musim Durian



Musim durian adalah musim yang paling dinanti-nantikan oleh pengemar durian. Bila tiba musim durian maka di setiap penjuru mana pun durian akan di jual merata-rata bagi memenuhi pemintaan pengemar durian. Oleh kerana durian adalah buah bermusim hanya pada masa-masa tertentu sahaja kita hanya dapat menikmati keenakan raja buah ini sepuas-puasnya.

Di Terengganu juga tidak ketinggalan menerima tempias musim durian. Di berberapa tempat seperti Marang, Besut, Setiu, Pasar Payang Kuala Terengganu dan banyak lagi tempat di Terengganu menjual durian. Paling senang nak dapatkan durian pergi jer pasar malam atau pasar minggu dan pasar tani. Bila musim durian biasanya harga durian murah daripada harga hari biasa. Biasanya durian dijual secara Kilogram dan longgak. Kalau musim seperti sekarang ini harga durian sekitar RM2.00 sekilo atau lebih kurang RM20.00 selonggok.



Aku pun antara pengemar buah durian. Bila bau durian aku boleh pening-pening kepala tapi kalau makan tak reti nak berhenti plak. Jadi kat sini aku ingin berkongsi tips-tips memilih durian.

1. Kalau nak memilih durian memula kena pastikan buah durian yang di jual itu bersih luarannya. Maksudnya tak ada daun-daun kering atau tanah melekat pada duri durian tersebut.Ini kerana objek tadi boleh menghalang lubang-lubang ulat pada durian dari dilihat kita.

2. Goncang buah durian itu dan dekatkan dengan telinga. Jika dengar ulas durian berlaga bermaksud durian itu masak. Ini kerana apabila durian masak isinya akan mengecut dan meninggalkan ruang antara ulasanya.

3. Ketuk kulit durian dengan parang kalau bunyinya padat dan padu biasanya ulas durian itu masih muda. Sebab tu kadang-kadang penjual durian akan ketuk-ketuk dulu buah durian sebelum dia lubangkan untuk kita cuba. Tujuaannya untuk memisahkan isi durian dgn dindingya.

4. Cium bau buah durian itu!!.. cara yang biasa orang buat. Buah durian yang masak ranum biasanya akan mengeluarkan bau yang sedap untuk kita hidu. Cara hidu cuba cium bahagian bawah durian yang merekah sikit. Kalau tak ada bau bermaksud durian itu masih lagi muda.

5. Analisis duri buah durian itu sendiri. Kalau duri durian itu besar-besar biasanya isinya besar dan tebal. Tetapi kalau durinya kecil-kecil dan runcing biasanya isi durian itu mempunyai banyak bijik dah isi yang nipis.

6. Petua nak hilangkan bau durian di mulut dan di tangan selepas makan buah durian pula macam ni memula ambil kulit durian yang dah di makan isinya tadi, ambil sedikit air masak tuangkan di rongga kulit durian tu. Air yang bertakung pada kelopak durian tu minum airnya. Selepas itu basuh tangan dengan air baki tadi. Insyallah badan tak panas, bau mulut hilang dan tangan pun tak berbau durian.

Selamat Mencuba!!


Musim durian!!! berlonggok-longgok durian! boleh makan puas-puas


Wow!! Lemak manis!! Sedapnya!!




10 comments:

Qayiem said...

Sedapnya Durian!!!.. hantarlah kt Putrajaya...

Mael said...

Tips yang berguna!!!... takdek la tertipu dengan peniaga durian... selalu beli mentah..

BOY said...

Nice post tuk pengemar2 durian.. Tuk baru2 belajar nak mkn durian tips yang berguna yang leh dikongsi bersama.. thanks for the information!!!

Nael said...

Kalau makan nasi campur sambal tempoyak lagi best Boy~~.... Masak Gulai Lemak ikan patin tempoyak!! Yum! yum!!

CheMat said...

Teringat lagi Mr Os!!.. Ooh!! komer Doyan dah berbunger!!

gadafie said...

Pening bau durian..... tapi kalau bubur durian suke la....

gadafie said...

best musim duyan......moh g ganuuuuu

aisya zaharin said...

Suke bubur durian kacang hijau!!

maro said...

pengat duriang+pulut....sdp sgt wehhhhh

Anonymous said...

Bila musim durian di trengganu bermula.Saya selalu pergi durian di Kemaman dan Kijal masa tinggal di Kuantan dulu.Durian kijal memang terkenal dan disana ada jual lemang di tepi jalan bila musim durian.Trengganu ada durian berjenama atau tidak.OK

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails