Batik Terengganu



Batik Terengganu salah satu warisan kraftangan yang diwarisi turun temurun. Terengganu memang terkenal dengan batik blok dan batik conteng. Batik ini biasanya berunsurkan flora,fauna dah hidupan laut. Pada kunjungan saya ke Pasar Payang Kuala Terengganu pelbagai jenis batik di jual disini. Terutama Batik lukis yang memang cantik. Boleh di katakan kebanyakkan kedai di Pasar Payang ini menjual hasil batik.

Kat sini aku ingin berkongsi serba sedikit proses pembuatan batik lukis. Alat canting diperlukan untuk melukis dan melakar batik di atas kain putih yang di tegangkan. Lilin panas yang diisi di alat bernama canting tadi akan membentuk corak yang diperlukan. Setelah selesai kerja melakar proses mewarna dilakukkan mengikut kesesuaian warna menggunakan berus cat pada bahagian yang terkena lilin tidak akan meninggalkan kesan warna. Selepas itu proses mematikan warna dilakukan. Lilin akan mencair dan tertanggal menjadikan bahagian yg di selaputi lilin tadi menjadi warna putih membentuk corak batik.


Batik paling terkenal di Terengganu adalah Noor Arfa Batik. Kalau datang ke Terengganu tak singgah ke Noor Arfa Batik memang tak sah. Di sini kita boleh melihat sendiri proses pembuatan batik. Noor Arfa Batik memang terkenal dengan hasil produk batiknya yang berkualiti tinggi sehingga mendapat pasaran di luar negara. Antara keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak dan rekaanya pelulis batik Noor Arfa yang mahir lukisan tangan menggunakan cantik untuk mencorak batik syarikat keluarnya. Kini Norr Arfa Batik boleh berbangga kerana mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu. Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu jangan lupa singgah di Noot Arfa Batik di Kuala Terengganu.

NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
Lot 4153, Cendering Industrial Area,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel: 609-617 9700
Fax: 609-617 9701








Read more...

Laksa Terengganu




Apa kabar semua!!!

Kali ini aku nak bercerita tentang makanan lagi! iaitu makanan kegemaran aku LAKSA!!!... dekat Malaysia ini terdapat bermacam-macam jenis laksa ada kan.. ada Laksa Johor, Laksa Sarawak , Laksa Penang pun ada tapi kali kali ini aku nak cerita berkenaan Laksa Terengganu. ISTIMEWA keluaran KHAS!!!

Terdapat 2 jenis laksa Terengganu iaitu berkuah mentah dan berkuah masak. Kuah mentah biasanya menggunakan santan kelapa yang dicampur air panas sahaja tanpa di masak dan dicampurkan dengan lada hitam , bawang dan isi ikan segar. Sementara laksa Terengganu yang berkuah masak pula disediakan dengan rempah dan di masak bersama isi ikan segar.

Terdapat juga dua jenis mee laksa iaitu mee laksa beras dan mee laksa tepung gandum. Biasanya mee laksa tepung digabungkan dengan kuah laksa mentah sementara mee laksa beras sesuai digabungkan dengan kuah laksa masak. Kalau nak lagi sedap makan dengan sambal belacan!! Yummmy!!

Bagi aku dedua pun sedap!!.. sesiapa yang meminat laksa cubalah rasa kelainan laksa Terengganu.


Laksa Terengganu yang kekuah mentah

Read more...

Masjid Tengku Tengah Zaharah



Kalau pergi Kuala Terengganu jangan lupa singgah ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini terletak 4Km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan dibina di atas permukaan air di muara Sungai Ibai dan menjadikan Masjid ini unik dan tersendiri. Masjid Terapung ini mempunai keindahan seni bina islam tersendiri berbanding masjid lain yang dibina. Bertambah unik masjid ini dikelilingi air sedalam 1.5meter berserta kubah besar dan lima wakaf untuk pengunjung mencari ketenangan.

Masjid ini berkeluasan 1,372 meter persegi dan mempunyai menara setinggi 30 meter disiapkan pada Januari diilhamkan oleh akitek terkenal Malaysia iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad . Masjid ini mampu menampung jamaah seramai 1000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki dibahagian bawah sementara dewan solat wanita di bahagian atas.

Gabuangan seni taman dihiasi langit membiru berserta pancaran mentari dan tiupan angin laut pasti akan mengamit pengunjung. Sudah pastinya masjid ini menjadi masjid paling nyaman dan mendamaikan memberi erti bertapa besar dan agungnya syiar Islam bertapak di bumi bertuah Terengganu.

Jadi sesiap yang ingin mencari ketenangan dan keindahan boleh la datang sini berehat-rehat sambil beribadat.







Read more...

Ketupat Sotong



Korang mesti dah biasa dengan ketupat daun palas dan ketupat daun kelapa kan? Korang pernah makan ketupat sotong?!! Bagi penduduk pantai timur terutama di Terengganu ketupat sotong memang sudah tak asing lagi bagi mereka. Maklumlah sotong kat pantai timur memang kaya dengan hasil sotongnya. Jadi tak hairanlah tercipta resepi ketupat sotong ini. Kalau cari kat Kuala Lumpur memang tak pernah jumpa ketupat sotong ini. Kepada sesiapa yang tak berkesempatan ke Terengganu boleh lah cuba masak sendiri ketupat sotong ini di rumah.



1. Beli sotong yang sederhana besar siang dgn membuang kulitnya sehingga putih bersih.
2. Pulut di basuh dan dikukus sehingga separuh masak.
3. Gaulkan 1 cawan santan pekat yang dicampur garam dan gaul bersama pulut tadi.
4. Sumbatkan pulut tadi ke dalam perut sotong hingga separuh penuh.
5. Tutup perut sotong dengan lidi supaya beras pulut tidak keluar dari badan sotong tadi.
6. Rebus sotong tadi bersama santan , bawang, halia, sedikit gula dan garam.
7. Masak sehingga santan menjadi pekat dan sotong tadi masak.
8. Potong-potong sotong tadi macam potong lemang, sedia di hidang.

SELAMAT MENCUBA!!

Kalau tak sedap resepi atas ini, korang kena datang Terengganu rasa sendiri yang ASLI.


Read more...

Masjid Kristal



Kalau berkunjung ke Terengganu tak sah lah kalau korang tak singgah kat Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Di sini terletaknya Masjid Kristal . Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli dan masjid pintar pertama di Malaysia berkeluasan 2,146 meter persegi. Mana taknya dekat Masjid ini terdapat kemudahan Wi-Fi dan dilengkapi prasarana teknologi canggih . Masjid ini boleh memuatkan 700 orang jemaah padan satu-satu masa. Dekat masjid ini juga pengunjung boleh melayari internet dan membaca Al-Quran elektronik. Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu dan sentiasa menjadi kebangaan rakyat Terengganu.

Kepada pengunjung yang ingin datang ke Taman Tamadun Islam ini boleh mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas dari pusat bandaraya Kuala Terengganu terus ke taman ini. Terdapat juga bot penambang yang disediakan untuk pengunjung di Jeti Shahbandar ke Jeti Tok Ku Paloh yang terletak di Taman Tamadun Islam ini. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi :-

Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: +609 627 8888 Faks: +609 630 9020.

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian +609-622 1433 / 1893




Read more...

Indahnya Pulau Redang




Asalamualaikum dan Salam Sejahtera!!..


Kali ini aku nak bercerita pengalamanku di Pulau Redang. Pada awal pengalamanku dengan Redang mesti korang tak percaya bila aku mengenali Pulau Redang melalui satu filem Hong Kong yang bertajuk "Summer Holiday" yang dibintangi oleh Richie Ren dan Sammy Cheng. Memula aku ingatkan filem tu di buat di Hawaii atau di kepulauan Meldive ke?? sebab laut dia cantik sangat!! Apabila aku tau bahawa tempat pengambaran filem tu lokasinya di Malaysia iaitu di Pulau Redang aku terus merancang pergi ke Pulau Redang untuk melihat keindahannya dengan mata kepala aku sendiri . Sejak 7 tahun yang lalu sehingga ke hari ini Pulau Redang adalah destinasi wajib aku bercuti setiap tahun. TANPA JEMU!!

Pengalaman pertama dan kedua aku ke Pulau Redang, aku di menginap di Laguna Redang Resort. Resort terbaik bagi aku di Pulau Redang! Dari Airport aku di sambut mesra staff Laguna hingga sampai ke Redang aku dilayan sebagai tetamu istimewa mereka. Kali ke empat dan ke lima aku datang ke Pulau Redang bersama kawan-kawan aku yang lain menaiki bas Sani Express dari Kuala Lumpur - Kuala Terengganu. Seterusnya pihak resort menyediakan kemudahan pengangkutan ke Jeti Marang. Kali ini aku menginap di Reef Redang Resort.

Sampai sahaja di Pulau Redang perkara yang pertama aku buat sudah tentulah terjun ke laut untuk menyapa ikan-ikan jinak yang sudah kenal aku agaknya sebab saban tahun aku kunjungi mereka. Aktiviti snokerling biasanya di aturkan oleh pihak resort. Peralatan snorkeling seperti google dan jaket keselamatan juga disediakan oleh pihak resort. Kawasan snorkeling paling menarik adalah di Taman Laut Redang. Hanya perlu membayar RM5.00 sahaja korang boleh berenang bersama beribu-ribu ikan pelbagai jenis dan spesis hidupan laut di sini. Nikmati keindahan batu karang berwarna warni dan ikan-ikan yang jinak berenang bersama korang. Di kawasan Taman Laut Redang ini juga terdapat tempat tinggal Ikan Kerapu Gergasi dan Belut Laut Gergasi. Dua spesis hidupan laut yang mesti korang tengok.


Menunggu feri di Jeti Marang




Permandangan indah dari Reef Redang Resort.. yang depan sana tu Laguna Redang Resort


Sunblock!! wajib kalau tak mengelupas la kulit kena bahang terik matahari

Masa yang di tunggu-tunggu... Masa untuk snorkeling!!!


Aktiviti wajib apabila korang semua datang ke Pulau Redang


Terjun depan resort jer !!! depan sini pun coral warna warni dan ikan jinak-jinak belaka


Snorkeling di Taman Laut Redang!! disini korang boleh melihat kapal perang Jepun yang karam






Kejernihan dan kebiruan laut Pulau Redang sentiasa mengamit aku untuk kembali


Bertuah dapat ke sini selalu


Bermain ombak di Redang memang best







Read more...

Nasi Dagang Terengganu



Rasanya posting aku asyik soal makanan jer sejak dua menjak ini kan!! Entah kenapa la selera aku membuak-buak bagi memperkenalkan makan-makanan kegemaran aku terutama resipi dari pantai timur. Posting kali ini aku nak kenalkan Nasi Dagang!!.. Rasanya kebanyakkan kita sudah kenal Nasi Dagang ini kerana makanan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Nasi Dagang merupakan hidangan yang terkenal di Terengganu.

Nasi Dagang yang paling gemari ialah Nasi Dagang Terengganu yang diperbuat dari campuran beras serta beras pulut dan di masak bersama-sama santan kelapa. Nasi Dagang Terenganu biasanya dihidangkan berserta kuah nasi dagang yang di masak dengan rempah khas. Lauknya pula ialah Ikan Tongkol yang dimasak berkuah dengan rempah khas tadi. Acar timun pula disediakan sebagai pembuka selera!!

Kalau pergi kat Kuala Terengganu cubalah singgah kat kedai Mak Ngah Nasi Dagang. Mak Ngah Nasi Dagang membuka peniagaan dari jam 7.00am hingga 11.00am setiap hari. Lokasi warung Mak Ngah Nasi Dagang ini lebih kurang 8KM dari Bandar Kuala Terengganu dan lebih kurang 2Km dari Jambatan Kuala Ibai menuju ke Marang. Bila korang nampak banyak kereta parking tepi jalan itulah warung Mak Ngah Nasi Dagang, kalau lambat tak dapat sebab Nasi Dagang Mak Ngah ini biasanya habis sebelum jam 11.00pagi lagi. Jadi kenalah cepat kalau tak nak kempunan...


Nasi Dagang Asli dibungkus daun pisang membangkitkan aroma istimewa


Mak Ngah Nasi Dagang yang femes kat Terengganu





Read more...

Kuih Akok



Salam 1Malaysia!!.. Posting kali ini aku nak bercerita tentang kuih tradisi kegemaran masyarakat pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu iaitu Kuih Akok. Kuih Akok yang manis rasanya diperbuat dari adunan tepung, telur, gula melaka, santan dan daun pandan. Terdapat dua jenis kuih Akok yang biasanya yang dibuat berbentuk bujur dan berbunga atau juga dikenali sebagai Akok Kemboja. Akok tradisi yang paling sedap aku pernah rasa bila proses pembuatan Akok ini menggunakan kaedah tradisi iaitu dibakar menggunakan sabut kelapa.

Ada cerita yang kelakar di sebalik kuih Akok ini. Menurut ceritanya apabila kita makan kuih Akok ini dan rasanya tak sedap bermakna si pembuat Akok ini adalah seorang yang kedekut. Ini kerana untuk membuat kuih Akok yang sedap pembuatnya perlu menggunakan telur yang banyak. Oleh kerana itu jika rasa Akok itu tawar dan banyak tepung bermakna pembuatnya kedekut kerana menggunakan telur yang sedikit. Boleh pulak macam tu kan? Hehehehehe Apa pun... Kuih Akok memang sedap!!



Akok yang masih panas kelihatan mengembang seperti bahulu


Selepas sejok kuik Akok kelihatan kecut!! tetapi rasanya sedap!!




Read more...

Keropok Lekor


Kalau pergi Terengganu memang tak sah kalau tak perkena Keropok Lekor. Keropok Lekor Terengganu la yang paling sedap berbanding dengan keropok lekor negeri lain. Mungkin resepi rahsia orang Terengganu dan air tangan orang Terengganu sendiri membuatkan rasa aslinya berbeza dari keropok lekor tempat lain. Isi Ikan Tamban yang segar menambah keenakan dan kelazatan keropok lekor Terengganu.



Ok!! Kat sini aku nak cerita serba sedikit tentang keropok lekor. Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan laut yang segar dan campuran sagu atau tepung kaji. Ramuan ini akan di gaul dan diuli dan digentel panjang bertali kemudiannya direbus di dalam air panas. Kandungan isi ikan yang lebih banyak dari tepung atau sagu biasanya membuatkan keropok lekor itu lebih sedap rasanya.







Keropok lekor biasanya boleh di makan segar atau di goreng dimakan dengan cicah sos cili yang pedas. Aku paling suka bila di goreng dan di makan panas-panas lagi. Perghh!! pasti tak berhenti makan selagi tak habis kat pinggan. Keropok lekor yang dicampur kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng tetapi menjadi liat apabila sudah sejuk. Sementara keropok lekor yang di campur sagu tidak menjadi liat walaupun sudah menjadi sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor pada masa ini bukan sahaja popular di Terengganu malahan di seluruh Malaysia dan diterima sebagai makanan rasmi minum petang rakyat Malaysia. Keropok lekor yang paling sedap bagi aku adalah keropok lekor di Kemaman Terengganu. Sesiapa yang ingin singgah kat kedai keropok ini berikut adalah alamatnya.


Keropok Cap Tenggiri
Zaimah Bt Haji Jusoh
Kampung Geliga Besar,
24000 Chukai Kemaman
Terengganu






Read more...

Ulek Mayang



Selamat Sejahtera!! Posting kali ini aku ingin menceritakan tentang lagu dan tarian rakyat Terengganu iaitu Lagu Ulek Mayang.Lagu ini yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional dan menjadi identiti rakyat Terengganu sejak beratus tahun lalu. Walaubagaimanapun Ulek Mayang sekarang hanya dipersembahkan sebagai tujuan hiburan semata-mata. Persembahan kesenian tarian Ulek Mayang ini masih lagi aktif di beberapa tempat di Terengganu iaitu di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan mayang pinang. Mayang pinang ini dipercayai mempunyai semangat dan boleh memulihkan semangat pesakit. Ketika persembahan berlangsung pemain puteri akan diringi penari wanita diikuti lagu merdu ulik mayang yang menyeru semangat pesakit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang sakit akibat makhluk halus.


Mengikut ceritanya main puteri ini, Tujuh beradik Puteri ini berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan bagi mengubati penyakit melalui mentera dan jampi. Mengikut lirik bait-bait lagu Ulek Mayang apabila semangat Puteri Tujuh ini di seru bagi mengubati lelaki yang semangatnya telah hilang.Puteri ini datang satu persatu dan memulihkan semangat pemuda yang tak sedar diri ini. Tetapi apabila pemuda ini sedar salah seorang puteri ini telah jatuh cinta dengan pemuda ini. Walaubagaimanapun mereka cinta mereka tidak boleh bersatu kerana mereka berada di dua dunia berbeza. Lirik lagu " yang darat balik ke darat, yang laut balik ke laut".. memujuk puteri ini meninggalkan pemuda ini dengan tukaran nasi kuning.

Kini, persembahan Ulek Mayang dipersembahkan sebagai seni tradisi yang dijadikan warisan budaya masyarakat dan telah dibuang unsur kurafat. Persembahan biasanya dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan semangat asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan akan diasapkan kemenyan dan di sapi minyak kelapa terlebih dahulu. Doa di pohon untuk melindungi agar orang yang mengambil bahagian dalam persembahan tersebut tidak ditimpa dengan perkara yang tidak diingini.





Read more...

Snorkeling - Indahnya dasar laut Terengganu


Terengganu sungguh bertuah kerana mempunyai pelbagai pulau yang indah seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Sudah tentu ianya menjadi aset paling berharga buat negeri Terengganu . Keindahanya dasar lautanya juga menjadi daya penarik penyelam dan pencinta lautan seperti aku untuk sentiasa berkunjung ke sini.

Setiap tahun aku akan ke pulau sekitar pantai timur terutama Redang untuk menyelam dan menikmati keindahan dunia dasar lautan yang penuh keajaiban tersendiri. Menyelam dan berenang bersama ikan-ikan yang jinak membuatkan aku merasakan berada di dunia lain. Keindahan batu karang berwarna warni yang terbina beratus-ratus tahun dahulu masih kekal cantik di tembusi cahaya matahari melalui kejernihan air laut seumpama kristal.



Berenang bersama Ikan Bayan, Ikan Peacock, Cloud Fish (Nemo) memang satu pengalaman yang akan aku ceritakan kepada anak cucuku nanti . Ikan-ikan jinak ini berebut-rebut memakan roti yang aku bawa bagi menarik perhatian mereka. Di Taman Laut Pulau Redang aku berpeluang melihat belut raksasa yang menghuni dasar laut taman tersebut. Jadi sesiapa yang berpeluang datang dan melihat sendiri dunia bawah laut, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan tidak merosakkan batu karang . Jagalah keindahan ini untuk generasi masa depan kita.


Taklimat sebelum Snorkeling - Jangan pijak coral

Dunia yang berbeza sekali dari daratan

Terumbu karang yang memakan masa beratus tahun untuk membesar

Ikan-ikan jinak sentiasa berenang bersama

Kerang gergasi ini melekat di dasar laut Redang

Pengalaman memberi makan ikan dengan tangan memang menyeronokkan

Kalau nasib baik berselisih dgn Baby Shark

Belut gergasi ini sentiasa menunggu masa di lubangnya

Ikan dan terumbu karang saling bergantungan membentuk ekosistemnya sendiri

Ikan terumbu karang yang berwarna warni mengamit penyelam scuba

Gamat kat sini besar-besar saiznya


Antara terumbu karang yang saya sempat snap

Cantik terumbu karang berwarna hijau lumut ini di tangkap menggunakan camera underwater yang aku sewa dari Reef Redang Resort.





Read more...
Related Posts with Thumbnails